Thursday 26 September 2013

Cara Hilangkan Jerawat

ASSALAMUALAIKUM !

Jawab dulu salam tu :)
Lama tak post :D Hampa semua macam mana ? Sihat ?
Harini Podziah nak kongsi cara-2 nak hilangkan jerawat *GayaMacamDoktor*
Remaja memang ada masalah jerawat kan ? Podziah pun ada . Serius tak suka -_-
Ni haa , cara-2 nak hilangkan jerawat . Try tengok . Mungkin berkesan :D

1. Rendam sehelai daun sirih di dalam segelas air panas atau di dalam bekas yang sesuai. Tunggu hingga sejuk dan daun layu. Selawat Nabi sebanyak tiga kali dan basuh muka dengan air tersebut. Selepas itu jangan dilapkan, biarkan hingga kering sendiri. Kemudian bilas dengan air bersih hingga cuci.
2. Ambil beberapa helai daun jambu biji yang masih muda, bahagian pucuknya. Cuci hingga bersih dan ramas daun tersebut dengan air. Kemudian cuci muka anda dengan air perahan jambu biji tersebut. InsyaAllah, anda dapat lihat hasilnya setelah beberapa hari.
3. Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup. Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air. Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda. Biarkan kira-kira 20 minit. Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus.
4. Sediakan campuran bedak sejuk dengan garam dan air asam jawaSelawat pada Nabi tiga kali. Sapukan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.
5. Basuh muka dengan air basuhan beras. Biarkan ia kering sendiri. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
Hah , dah try ? Boleh dak ? Boleh dak ? Hilang dak ? Dak lagi kan ? Hahhahahaa .
Memang laaa dak lagi . Takkan lepas try sekali terus hilang :3 Memang tak laaa :p
Dia kena amalkan selalu :D Semoga berjaya ;)



No comments:

Post a Comment